Post-SPM 2006: Interview with reporters from Utusan Malaysia and Berita Harian
Hari ini, 18 November 2009 bermulalah detik yang paling mendebarkan pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Peperiksaan SPM, ujian yang menentukan arah tuju masa hadapan kini menjelma. Masih segar di ruang minda satu perasaan yang cukup hangat dan menyesakkan di saat detik itu hampir tiba. Terimbau kembali kenangan zaman persekolahan di Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa (MRSM PC) 3 tahun yang lalu.
Masih ku ingat bagaimana dalam tekanan sebagai seorang ketua pelajar, hari-hari yang dilalui terasa begitu pantas bergerak. Betapa sempit ruang untuk mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang tanggungjawab sebagai pelajar diketepikan begitu sahaja. Pernah ketika di tingkatan 4, ponteng kelas selama hampir 2 minggu, minggu pertama kerana menyertai Tunas Saintis Peringkat Kebangsaan di MRSM Pontian, minggu kedua kerana tugas sebagai ahli jawatankuasa Minggu Bahasa Peringkat Kebangsaan. Namun begitu, alhamdulillah, Allah mengurniakan keputusan yang baik dalam peperiksaan, berjaya mengekalkan PNG 3.5 ke atas. Sungguh benar janji Allah
“Jika kamu menolong agama Allah, aku akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)
Di tingkatan 5, keadaan sama berterusan. Dikutuk, dikeji itu perkara biasa sebagai pemimpin pelajar. Biasalah orang melayu. Begitu banyak mulut yang mahu mengkritik (mereka kata berfikir kononnya), namun tidak ramai yang mahu berdiri di belakang pemimpin mereka dan melakukan perubahan bersama. Bila diajak untuk menjalankan sebarang inisiatif kebajikan pelajar, begitu banyak alasan diberi. Senario sama berlaku di mana-mana. Bergantung atas definisi perubahan yang diinginkan. Bagi kami, perubahan yang diinginkan berjaya dicapai atas beberapa indikator yang realistik yang kami tetapkan sendiri. Mungkin pada orang lain tidak, ya terserahlah. Matlamat BWP ketika itu tidaklah terlalu jauh memandangkan keadaan yang agak parah yang dibawa dari generasi terdahulu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya batu asas yang kami letakkan berjaya digarap dengan baik oleh BWP seterusnya dan mereka terus berubah dari generasi ke generasi. Pasti ramai MRSM PC Old Boys terkejut dengan budaya pelajar generasi terbaru ini. Sekurang-kurangnya saya sendiri pun terkejut.
Cabaran demi cabaran mendatang. Ketika SPM masih berbaki sebulan, saya terpaksa berulang-alik ke hospital tatkala sedang menghadapi Percubaan SPM. Ini cabaran yang paling dahsyat pernah dialami setakat ini. Tatkala orang lain sibuk menelaah pelajaran, saya terpaksa berehat. Dalam kelas, saya langsung tidak mampu menumpukan perhatian. Saya percaya tiada dalam kalangan adik-adik mengalami apa yang saya alami. Alhamdulillah, janji Allah itu maha benar. Saya masih berjaya mendapat keputusan terbaik dan ditemu ramah oleh RTM dan beberapa media cetak lain dalam sidang akhbar bersama Pengerusi MARA.
Press Conference with Pengerusi MARA Y. B. Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Hj. Zainal Abidin
Natijah daripada kehidupan di MRSM PC, inilah saya. Maybe people want to argue that they are ‘finished’ because of their life in MRSM PC, well I would say they are the one who ‘surrender themselves to the weather’. This pesimistic view of life will let people down all the time until their death.
Nasihat saya kepada adik-adik yang mengambil SPM tahun ni, termasuklah adik saya sendiri:
1. Tingkatkan kebergantungan kepada Allah.
2. Banyakkan berdoa.
3. Tenangkan fikiran.
4. Minta maaf dengan semua orang terutama guru-guru. Masih ada masa selagi keputusan belum keluar.
5. Pastikan anda dah khatam Al-Quran. Pengalaman saya dengan sahabat-sahabat, menunjukkan ada trend pelajar yang skor masa peperiksaan biasa tapi tak skor masa SPM, kebanyakan daripada mereka tak pernah khatam Al-Quran.
6. Walau apa pun yang berlaku, fikir yang positif sahaja.
7. Tawakal hanya selepas berusaha sepenuh hati.
8. Banyakkan buat latihan soalan-soalan tahun lepas daripada mentelaah. Dalam keadaan genting sebegini, output lebih penting daripada input.
9. Cari ruang yang paling senang untuk fokus. Elakkan belajar di bilik.
Akhir kata, semoga berjaya dalam SPM 2009 insyaAllah. Jika saya mampu, mengapa anda tidak?
"Be a light, not a judge. Be a model, not a critic. Be part of the solution, not part of the problem"
9 comments:
:) tiga tahun sudah berlalu, sekarang kita lak struggle ngan final exam...
but the tense dat we faced years back will never be the same again.. huhu... our struggle right now is not dat challenging.. we already in comfort zone.. there's where I learn to appreciate hardship in life..
kan bagus kalo entry dlm bm..
baru aku rajin nk baca
keh3
betul2.. memang tak sama...
Post yang bgs.. Perkongsian pengalaman yang menyentuh dan sarat dengan pengajaran.. thanks a lot.. teruskan mengarang..
project manager mmg bagus ar..
post2 semuenya yg berguna..
=)
anak buah memuji ke tu? haha.. selamat bekerja~
Beliau: Banyok sgt ko tulih kot BI? haha... post kot kelate pum ado..
Madi:menyentuh sgt ke? huhu.. kisah lama.. besela.. tq2
Aina: kalo skulmate, ckit2 mr. pres, kat utp plop, pm.. adoi la.. haha.. pelik segho org pggl gitu.. nama saya faris yg bermaksud pemikir.. kan cantik tu.. huhu.. kalo berguna, alhamdulillah.. ambil sbg pedoman.. yg buruk tolak tepi..
Nipi: Stndard r pi.. baru kenal, kalo lamo kenal xtau la guano... haha
tahniah faris!
demo mmg hebat, 11 kot..
semoga kejayaan yg lepas menjadi pemangkin kejayaan hari ini dan esk
all the best utk last paper!
Post a Comment