Sudah berpuluh-puluh kali pemimpin UMNO melaungkan bahawa UMNO adalah parti Islam. Sejak dari zaman Tunku Rahman hinggalah ke zaman Pak Lah dengan Islam Hadhari yang sudah tidak pasti ke mana hala tujunya. Kali ini, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pula melaungkan slogan yang sama. Atas dasar apa mereka mengatakan mereka parti Islam? Memetik kata-kata PM
“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?”
Adakah dengan membasmi kemiskinan dalam kalangan umat Islam merupakan dasar utama kepada perjuangan Islam? Pernah mereka tahu apakah konsep ‘Hizbullah (Parti Allah)’ yang disebutkan dalam Al-Quran? Mungkin terlalu dalam dan berat untuk dibedah konsep-konsep asas haraki ini. Di ruangan ini, biarlah saya membincangkan secara mudah persoalan ini.
Kita tidak perlu mempertikaikan kebaikan dan kebijaksanaan kerajaan dalam membentuk FELDA untuk membantu golongan miskin. Orang bukan Islam malah orang Yahudi pun membantu orang miskin. Kerajaan Israel, siap bagi tanah percuma yang dirampas daripada rakyat Palestin kepada orang Yahudi yang baru berpindah ke Israel dari Eropah. Justeru, apa yang nak dihairankan? Nak buat baik tak semestinya orang Islam. Malah, boleh jadi orang bukan Islam jauh lebih baik daripada orang Islam.
Mungkin ada sesetengah pihak yang mendakwa orang UMNO pun sembahyang 5 waktu jemaah di masjid, membaca Al-Quran dan berpuasa. Itu perkara asas yang tak perlu diperbahaskan. Orang yang berzina, minum arak mahupun berjudi juga boleh melakukan ibadah khas tersebut. Malah, ramai orientalis barat yang sah bukan Islam hafaz 30 juzu’ Al-Quran. Maka, apakah masalah sebenar yang berlaku? Nun di pedalaman FELDA, berapa ramai anak-anak muda terlibat dengan masalah sosial. Masalah rasuah yang kian menggugat kredibiliti kerajaan pemerintah sehingga ‘diiktiraf’ oleh AMNESTY International antara negara yang mempunyai indeks rasuah yang tinggi. ‘Kebocoran’ di sana sini. Itu perkara-perkara yang boleh dianggap furu’. Lalu bagaimana dengan perlembagaan Malaysia, isu murtad dan isu perundangan Islam? Di sini lah terletak isu dasarnya iaitu isu AKIDAH!
Firman Allah:
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (An-Nisa’: 65)
Berapa banyak Majlis tadarus atau Tilawah Al-Quran yang diadakan jika dibandingkan dengan Konsert-konsert artis antarabangsa? Berapa banyak majlis ilmu yang diberi sokongan oleh kerajaan (itupun atas kepentingan politik) jika nak dibandingkan dengan pusat-pusat hiburan, judi dan arak yang diberi lesen untuk beroperasi? Bagaimana pula soal sistem pemerintahan Islam yang jelas ditolak oleh UMNO?
Firman Allah lagi
“…. dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al-Maa’idah: 2)
Mantan PM, Tun Abdullah Badawi dengan jelas mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia lebih tinggi daripada Islam. Dato’ Jamaludin Jarjis dalam satu sidang parlimen ketika berbahas dengan Tuan Guru Haji Hadi menyatakan bahawa kita harus memisahkan soal pendidikan dengan Islam? 2 kenyataan daripada pemimpin ‘hebat’ ini sudah cukup untuk menjelaskan pendirian mereka yang menolak sebahagian Islam. Namun dalam Surah Al-Baqarah Allah menyatakan:
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208)
Formulanya mudah, Islam itu datang secara ‘pakej’. Tolak 1 bermakna tolak semua. Apatah lagi yang ditolak itu merupakan perkara-perkara Akidah.
“Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al-Maa’idah: 44)
Jelas di sini, persoalan parti yang memperjuangkan Islam atau tidak sememangnya tidak ditentukan oleh nama mahupun apa yang dilakukan tetapi ditentukan oleh dasarnya yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Justeru, tiada jalan lain untuk menjadi golongan ‘Nasrallah’ melainkan dengan memperjuangkan kalimah ‘La ila ha illa Allah’. Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan berdoa memohon hidayah dan taufik dari Allah agar diberi petunjuk dan kekuatan untuk berubah ke arah kebenaran. InsyaAllah.
Sumber:
http://umno-online.com/?p=4221
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21726&Itemid=90
http://cikgunurionline.wordpress.com/2008/03/04/ini-buktinyaumno-tolak-islam/

6 comments:
Sudah jelas lagi bersuluh UMNO itu bukan parti Islam..Mengaku sebegitu hanyalah utk meraih undi rakyat..
wujudkah parti yg benar2 berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah skrg nieh (dlm Malaysia)? byk yg melaungkan hanya slogan shj rasanya. :)
Apakah maksud anda wahai anas? Bukankah sudah terang lg bersuluh?
salam
aku stuju,pada zahirnya,
UMNO buknlah satu parti yg berlabel Islam..
ia lebih kepada Kemelayuan..
dan ramai melayu beragama Islam..
dan pada aku itu tidak menunjukkan pejuangan parti yg sbnar
Dan PAS lebih zahir pada pjuangan menegakkan Islam
tp bagi aku ia nya dulu..
Pjuangan Pas skang tampak kabur.
kerana bersekongkol ngan DAP yg lagi terang lagi bersuluh menolak Islam
"langkah mayt karpal dulu "
Ia bukn masalah bersekongkol dgn non muslim..tp ia dgn DAP
UMNO ngan MIC MCA
PAS ngan PKR DAP
tp aku melihat DAP sbg satu entiti yg cube meragut pejuangan kita menegakkan Islam..
satu cnth mudah..
jeff ooi di Pulau Pinang..
mengatakan seorg ahli jemaah JIM sbg teroris kerana mempunyai impian tuk mendirikn negara Islam..
Aku lebih suke jika PAS berdiri sendri memandangkan PAS mempunyai skongan yg kukuh.
dalam pakatan tu,seolah2 PAS menjadi parti ke3..
walhal,aku rasa skongan thadap PAS lebh byk dan kukuh..btol x??
mungkin ko akan menjwb boleh tarbiyah DAP spt mana shbt kita menjwb thadap aku..ble hujah sama aku kuarkn..(aku rasa je..haha)
tp buknkh lebh elok,skiranya pertarbyahn dilakukan kepada ahli UMNO yg dkatakan membawa bukn Islam sebnar??
mungkin dgn cara ini,kita dpt mengukuhkn pemahaman dan penguasaan Islam..dan insyaallah jika diizinkn,
akn dpt melaksanakn hukum islam di malaysia..insyaallah
tp utk melaksanakan hukum islam skang bukn mudah menerusi politik shj..
cube lihat negara yg mengamalkn hukum Islam..
arab saudi,hukum2 islam dilaksanakn pd org2 tertentu..blum menurut Islam lg klu gtu..tidak adil..
mende penting skang ni,adalah membentuk kefahaman di dalam masyrkt kita..
sama2 kita ke arah tu insyaallah..
ni hanyalah pendapt aku..harap2 tak membuat ko dan org lain tsinggung..tp aku benar2 bharap,PAS tidak bersama DAP lg..ia seolah2 kene ke muka PAS sndri balik ble bkata bhubung negara Islam..ble kata BN tolak undang2 Islam,tolak negara Islam...tp hakikatnya,teman PAS juga menolak Islam negara Islam..lg scara terang terangn..huhuhu..
Semoga syiar Islam akn tegak di muka bumi ni secara amnya dan Malaysia scara khusunya.n act aku stuju gak ngan statement mohd anas adanan..tp myb kene a longer xplaination bout that.wallahuallam
Amin... sape pulak bagi alasan boleh tarbiyah DAP ni? haha... UMNO perlu dianggap sbg mad'u.. namun nahi mungkar juga perlu, bukan amar makruf sahaja
Al-Imran: 110
1. Dasar Bukan Islam + Pemimpin Zalim VS Dasar Islam + Pemimpin Zalim.. kena bezakan 2 perkara ni kerana dari segi syariah, hukum ulil amri berbeza juga.
2. Memang tak dinafikan PAS paling kuat. Namun adakah kekuatan itu mampu diterjemahkan dalam pentadbiran negara sekurang-kurangnya dalam masa terdekat? Mampukah PAS menegakkan menghadapi tentangan luar yang cuba menghancurkan perjuangan Islam? Di sinilah pentingnya tahalluf siyasi.
3. Soal tahalluf siyasi sememangnya menimbulkan banyak kekeliruan terutama pada org kebanyakan seperti kita. Mmg banyak khilaf ulama' dalam soal ini. Ada yang mengharamkan terus, ada yg mengatakan boleh tetapi bersyarat...
4. Sebelum mana2 pembaca membuat konklusi sendiri, baiklah kiranya pembaca merujuk kitab2 sirah Nabi S.A.W. dan membuat penilaian sendiri. Rujuklah secara detail kisah Perlembagaan Madinah, Kisah huf al fudhul dan mana-mana yang berkaitan. Antara buku/kitab yang dicadangkan
Fiqh Sirah - Al-Buti
Fiqh Sunnah - Syed Sabiq
Halal dan haram - Dr. Yusuf Qardawi
Sirah Nabawiyah - Ibnu Hisham
5. Pemahaman dalam soal ini tidaklah semudah yang disangka.. ia hendaklah disabitkan dengan konteks yang sesuai. benarlah sabda Rasulullah S.A.W.
"Perang itu tipu daya."
6. Perlu diingatkan juga bahawa tahalluf ini bersifat sementara. Ia akan dileraikan sebaik sahaja mencapai matlamat.
7. PAS tidak pernah mengubah dasarnya setahu saya. Setiap kali berlaku perselisihan dgn DAP, PAS masih dengan pendirian asalnya dan mereka mengambil langkah sewajarnya untuk menegah sebagaimana dalam kes Jeff Ooi. Mereka mendesak Jeff Ooi meletak jawatan bukan? Sehingga kini PAS masih dgn pendiriannya menegakkan daulah islamiah...
Boleh rujuk link di bawah untuk rujukan lebih mendalam
http://ahmadfadhli.wordpress.com/2008/06/19/tahaluf-siyasi-dalam-konteks-perjuangan-pas-di-malaysia-pasca-pru-12-serta-pandangan-golongan-ulama-haraki-mengenainya-draf-awal/
http://asriomar.blogspot.com/2009/01/tahalluf-siyasi-dalam-islam.html
Terima kasih kerana respon anda yang amat baik. Jazakallah
ada a sorg shbt kita..
ahhaa.
aku ckp a dap tentang plaksanaan Islam oleh PAS..
dan pnentangan oleh DAP..
pastu dia ckp,itulah fungsi PAS,mentarbiyah DAP..huhu
itu aku akui,memg desak jeff oi letak jwtn,
tp aku memikirkan,if PAS ditakdirkan menang,utk mentadbir negara ni,
dan selagi bersama DAP..
agak2 leh tak Islam dijalankn..??
tu aku bharap,
PAS tidak bersama DAP lg..
n bharap smoga kerajaan perpaduan akn wujud..
di mana nasib melayu dan islam dperjuang bersama..jika btol UMNO byk kesilapan,leh PAS perbtolkn dan beri nasiht..
jika PAS kurg pengalamn mentadbir negara,leh UMNO beri pendpt.gtula mksd aku..
DAP seakn2 merencatkn pejuangan PAS pd pndgn aku a..
Post a Comment