Assalamualaikum,
Hari ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUTP), Rakan Masjid (RM), Sekretariat Rakan Muda (SRM), Residential College Support Unit (RCSU), Friends of IRC (FIRC) dan International Students Committee (ISC) telah menganjurkan secara bersama Perhimpunan Aman Menentang Kekejaman Israel di Gaza. Majlis bermula dengan Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Assoc. Prof. Ir. Abdul Aziz Bin Omar berkenaan dengan isu Palestin.
Beliau menyeru sidang Jumaat supaya sama-sama sedar dan membantu saudara Islam kita di Palestin dengan apa cara sekalipun. Ana agak terkesan dengan khutbah beliau. Hati ana sayu. Tidak sedikit airmata yang tumpah. Dalam solat Jumaat, Qunut Nazilah telah dibacakan oleh Ustaz Dawi dengan begitu mendayu dan sayu. Ana tidak tertahan lagi. Air mata menitis mengenangkan nasib saudara di Palestin. Ya Allah. Isu Palestin yang ana kaji dan dalami sejak sekian lama telah melembutkan hati ana untuk memikirkan nasib saudara yang ditimpakan oleh Allah dengan ujian yang begitu berat. Setiap saat, hanya satu perkara sahaja yang difikirkan mereka iaitu SYAHID. Kita di sini juga secara tidak langsung telah ditimpakan ujian dengan kesenangan hidup. Betapa ujian yang berbentuk kesenangan hidup ini begitu sukar berbanding kesusahan. Betapa kita sukar untuk mengingati tuhan ketika senang sedang di waktu susah kita asyik tercari-cari dimana Allah. Astaghfirullah. Mana pergi Akidah kita saudaraku?
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa Perhimpunan tadi. Ada banyak lagi dalam folder. Kalau nak, boleh mintak.
SEMANGAT JIHAD.... Para Muslimin mula berkumpul selepas solat jumaat dengan sepanduk mengutuk kekejaman Israel.
SRIKANDI HARAPAN.... Para Muslimat turut serta dalam demonstrasi kali ini
BARAKAH.... Awan seolah-olah melindungi peserta daripada panas terik.
KEJAM.... replika mayat bayi Palestin yang dibunuh Israel
MUSLIMAT KENTAL.... berkobar-kobar kak Saa'diah melaungkan slogan anti-Zionis.
TAKBIR.... TECians pun sama-sama menyokong perhimpunan ini
UKHWAH... Perarakan ke Kompleks Canselor bermula dengan Safety Squad di hadapan berganding bahu.
SUARA ALAM.... Awan pun seolah-olah turut berarak merintih terhadap nasib saudara Islam kita di Palestin
SAHABAT.... Bersusah payah melukis sepanduk mengutuk kekejaman Israel.
WIRA-WIRA UTP.... inilah wajah-wajah yang bakal menggegarkan jantung-jantung Zionis di masa hadapan. InsyaAllah.
HANCUR ISRAEL!!.... begitulah laungan mereka
BERSAMAMU.... Presiden MPP menyampaikan cek bantuan kepada penduduk Gaza kepada wakil NST
FREE PALESTINE.... Semangat Ustaz Zuriat mengetuai.. hehe
1 comments:
Salam, thanks for the post. Dapat juga tau perkembangan kat UTP ni. Alamak, rugi la sbb xdpt join.. huhu.. Semagat gler ek. Takbir!!
Post a Comment