Assalamualaikum
Alhamdulillah, kerana dengan rahmatNya, ana telah diberikan kelapangan masa dan tenaga untuk terus menulis walaupun dihimpit peperiksaan yang tak pernah sudah mengisi ruang hidup ini. Namun, sebagai hamba Allah yang telah diberikan tanggungjawab untuk menuntut ilmu dan membangunkan ummah di masa hadapan, ana tidak pernah memandang ringan terhadap peperiksaan. Ya betul peperiksaan itu sebenarnya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan cabaran-cabaran yang bakal dilalui di masa akan datang. Tetapi ia tetap penting.
Walau bagaimanapun, janganlah kita menganggap keputusan peperiksaanlah kejayaan mutlak kita dan membuktikan ilmu yang dicari sudah lengkap. Kerana ilmu di dunia sebenarnya hanyalah setitik dari selautan ilmu Allah. Teruskanlah mencari sehingga ke hakikat sebenar ilmu tersebut.
Baiklah, coretan ana kali ini tidaklah bersifat serius mahupun ilmiah sebagaimana biasa. Sekadar coretan biasa semata-mata. memandangkan keputusan poll yang ana letak dalam blog ini baru-baru menunjukkan 50% pembaca mahu ana menulis dalam Bahasa Malaysia, jadi ana akan cuba. Mungkin ana akan selitkan beberapa penulisan dalam Bahasa Inggeris. dan mungkin juga sedikit dalam Bahasa Perancis memandangkan ana akan mendalami Bahasa Perancis tak lama lagi.. hehe... namun, untuk menterjemah dari BM ke BI atau dari BI ke BM, agak berat sedikit. Kerana ana masih belum mampu. Tambahan pula ana hanyalah pelajar jurusan kejuruteraan dan untuk sampai ke tahap itu, ana perlu sedikit masa lagi untuk memperbaiki kemahiran berbahasa Inggeris ana.
Jika pembaca semua perasan, banyak artikel yang ana siarkan dalam blog ini sebenarnya dikutip dari blog-blog yang lain mahupun buku-buku tertentu. Agak jarang ana menyiarkan karya-karya ana sendiri melainkan sajak-sajak dan sedikit komentar tentang isu semasa. Untuk makluman, setiap karya yang ana hasilkan, ana akan rujuk daripada banyak buku dan website tertentu dan ana akan pastikan kesahihan maklumat-maklumat tersebut sebelum diambil. Apatah lagi jikalau ia melibatkan Ayat Al-Quran dan Hadis. Ana takut berlaku sebarang kesilapan terhadap apa yang ana sampaikan. Kerana telah jelas hukum Allah terhadap mereka-mereka yang menyebarkan ilmu yang salah. Apatah lagi menyebarkan fitnah. Justeru, prosesnya mengambil masa yang agak lama. Itulah antara puncanya.
Cukuplah setakat ini coretan ana untuk kali ini. Sebelum itu ana mahu berkongsi sepotong ayat Al-Quran bersama pembaca semua daripada surah Huud:

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."(11:112)
Sekian wassalam....
Sekian wassalam....
0 comments:
Post a Comment